Saturday, 24 August 2013

Jagalah Kesucianmu Wahai Ukhti








Assalamualaikum...

Dah lame aku tak update blog ni..hehe..maklum lah..aku dah last semesta..so,busy dgn project last year..korang sume pe kabar??harap2 sihat blake la..
Even busy,aku akan curi mase ckit 'tuk spent time dgn blog hari ni..Aku ada trbaca artikel pasal "kesucian diri"..haaa,,mesti korang sume pelik kan..takpe2,ni sekadar p'kongsian je..

Skalipon hilang dara,jangan sampai hilang Allah,.ya,memang dara tu penting,ia lambang maruah..tetapi tidaklah terhukum mereka yg teraniaya dan taubatnya diterima Allah.. saperlah kite nak menilai 'harga' mereka wallahua'lam..

Hilang dara,hilang la segalanya..samalah ibarat hilangnya nyawa kita,krana hilang dara manusia sanggup lakukan apa je,cari tok bidan nk gugurkan baby,,,,,walau kehilangan dara,ramai ank gadis dibunuh lelaki kerana hilangnya dara..walaupun prbuatan itu ia sendri yang lakukannya...
Oleh itu, jagalah kesucianmu wahai kaum Hawa...jagalah kehormatanmu..lindungilah dia..pertahankan lah dia..meski nyawamu di hujung pedang...usah kamu tertipu dengan pujukan yang mendayu,,rayuan syahdu yang berbahasakan rindu..semua itu adalah pujukan syaitan..iaitu syaitan yang nyata,yang pernah disebut dlm kitab yang mulia.."sesungguhnya syaitan itu seterumu yang nyata".......

ok la sume..aku harap entry ini berguna utk kalian..mungkin entry ni ringkas,tapi bagi aku ia padat dgn ilmu..jadikan akidahmu sebagai pedoman hidup..In Sya Allah,,kalo2 ade mase terluang,aku akan update lagi..

Ingat ye kaum hawa,jagalah kesucianmu..Wassalam..
                  

Saturday, 13 April 2013

                                       6 Ciri-Ciri Utama Isteri Solehah

1 ) Ada ciri-ciri keselarian dengan suami.
Sebagai isteri hendaklah dia melahirkan ciri-ciri keselarian dengan suami. Isteri hendaklah menjadikan dirinya sumber kekuatan jiwa dan menjadi pendorong serta pembantu perjuangan suami, bukannya penghalang.


2) Menjadi teman atau penghibur suami
Isteri hendaklah menjadi teman bercakap dengan melayan fikiran suami. Iaitu dengan menumpukan sepenuh perhatian apabila suami bercerita. Sikap acuh takk acuh akan mengakibatkan perasaan suami tersinggung dan hilang minat untuk bercakap-cakap lagi. Sekiranya berterusan si suami akan dihinggapi penyakit suka mengelamun sendirian di rumah. Akibatnya bukan suami saja yang menderita malahan isteri juga akan menanggung seksa batin.

3) Pandai mengambil hati suami
Isteri hendaklah mengucapkan perkataan-perkataan yang menyenangkan suami. Elakkan dari berkata-kata hal yang tidak di sukai suami. Elakkan dari merungut-rungut tentang kesusahan dan keperluan hidup. Lelaki akan menderita sekali kalau orang dibawah tanggungjawabnya menderita. Jangan diapi-apikan apabila suami dalam keadaan marah. Banyakkan sebut kalimah Allah kerana kata-kata itu akan melunakkan hati suami.
                 


4 ) Menjadi pelayan kepada suami
Kalau suami dilayan dengan baik, jiwanya akan hidup dan akan menjadi pejuang yang hebat. Kalau tidak dilayan, suami akan merasa hampa dan mati jiwanya. Isteri-isteri yang cerdik akan memahami seni melayan suami.

5 ) Memahami selera suami
Pelajarilah dan fahamilah selera suami. Walaupun bukan hukum fardu ke atas isteri, tetapi kerelaanya menjalankan tugas itu menjadi lambang keluhuran jiwa. Suami akan merasa senang dan gembira sekiranya dilayan makan minum mengikut selera yang digemarinya.

6 ) Sedia berkhidmat untuk suami
Isteri yang solehah sedia berbuat apa sahaja untuk suami. Iaitu melayan tabi’i dan tuntutan semulajadi suami. Jimak hanya sebahagian dari sudut tuntutan tabi’i. Isteri hendaklah sentiasa berhias diri, sesuai cara bersolek dan pakaiannya, dan berwangi-wangian di samping suami. 


wallahua'lam.



Monday, 1 April 2013

                                          DOA PATAH HATI


Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi..
Dan ya Allah… ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..


Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
…Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah daku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya


Dan ya Allah yang tercinta…
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya….


Ya Allah ya Tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini


Ya Allah…
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang naif ini

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat


Menjuruskan daku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya daku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

amin!!!


                  
                               

"Allah, jika ini jalan takdirnya aku dan dia, ajarkan aku redha, kuatkan hati aku.kadangkala jiwa aku lemah, aku insan yang lemah Ya Rabb"






"Allah! Jagakan dia untukku, meskipun aku tak bersama dengan dia lagi,moga dia bahagia ya Allah,lindungi dia Ya Allah.andai dia punya masalah dan kekusutan, kau didiklah hati dia dengan kesabaran, sampaikan doaku ini padanya"

  
note:
semoga hari2 yang mendatang akan membawa seribu manfaat..
Assalamualaikum....

                                                                      

Friday, 29 March 2013

  SURAT UNTUK CALON SUAMIKU

  Asslamualaikum wahai imamku..Apa kabarnya imanmu hari ini??sudahkah harimu diawali dengan syukur??kerana dapat kembali menatap fananya hari ini..
 Sudahkah air wudhu menyegarkan kembali ingatanmu? atas amanah yang saat ini tengah kau genggam..

 Wahai calon suamiku, tahukah engkau Allah sangat mencintaiku dengan dahsyatnya?
 Di sini aku ditempa untuk menjadi dewasa, agar aku lebih bijak menyikapi sebuah kehidupan dan siap mendampingimu kelak meskipun kadang keluh dan putus asa menyergapi namun kini kurasakan diri ini lebih baik..
 Kadangkala aku bertanya-tanya kenapa Allah selalu mengujiku tepat di hatiku, bagian terapuh dari diriku. Namun kini kutahu jawabnya….
 Allah tau dimana tempat yang paling tepat agar aku sentiasa kembali mengingatNya, kembali mencintaiNya
 Ujian demi ujian insyaAllah membuatku menjadi lebih tangguh, sehingga saat kelak kita bertemu, kau bangga memiliki aku di hatimu..

....

 Calon suamiku….

 Entah dimana dirimu sekarang, tetapi aku yakin Allah pun mencintaimu sebagaimana Dia mencintaiku. Aku yakin Dia kini tengah melatihmu menjadi mujahid yang tangguh, hingga akupun bangga memilikimu kelak
Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu.
 Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, maka hanya kesia-siaan dan kekecewaan yang akan kau dapati
 Aku masih haus akan ilmu, namun berbekal ilmu yang ada saat ini aku berharap dapat menjadi isteri yang mendapat keredhaan Allah dan dirimu, suamiku..

 ....

Wahai calon suamiku…

Saat aku masih menjadi asuhan ayah dan bondaku, tak lain doaku agar menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan keduanya di akhirat kelak
 Namun nanti setelah menjadi isterimu, aku berharap menjadi pendamping yang solehah agar kelak di syurga cukup aku yang menjadi bidadarimu dan mendampingimu yang soleh
Aku ini kuat cemburu, tapi kalau Allah dan Rasulullah lebih kau cintai, aku rela. Aku harap begitu pula dirimu
 Aku yakin kaulah yang kubutuhkan meski mungkin bukan yang kuharapkan..

....

Calon suamiku yang dirahmati Allah…

 Apabila hanya sebuah gubuk menjadi perahu pernikahan kita, takkan ku namai dengan gubuk derita. Kerana itulah markas da’wah kita dan akan menjadi indah ketika kita hiasi dengan cinta kasih
Ketika kelak telah lahir generasi penerus da’wah islam dari pernikahan kita, bantu aku untuk bersama mendidiknya dengan harta yang halal, dengan ilmu yang bermanfaat, terutama dengan menanamkan pada diri mereka ketaatan kepada Allah ta’ala…
 Bunga akan indah pada waktunya, iaitu ketika bermekaran menghiasi taman. Maka kini tengah ku persiapkan diri ini sebaik-baiknya. bersiap menyambut kehadiranmu dalam kehidupanku…
 Kini aku sedang belajar menjadi yang terbaik. Meski bukan umat yang terbaik tapi setidaknya bisa menjadi yang terbaik di sisimu kelak..

 .....
. 
Calon suamiku….

Inilah sekilas harapan, yang ku ukirkan dalam rangkaian kata. seperti kata orang “tidak semua yang dirasakan dapat diungkapkan dengan kata-kata”. Itulah yang kini kuhadapi…
 Kelak saat kita tengah bersama maka di situlah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu
Bersabarlah calon suamiku doaku selalu agar Allah memudahkan jalanmu untuk menjemputku sebagai bidadarimu..

                                daripada:
                               
                                bidadarimu


..
.

Tuesday, 26 March 2013

              Wanita ibarat Epal


Wanita ibarat epal..
Epal yang tak berkualiti amat mudah dipengaruhi..
kerana ia berguguran di tanah..

Tapi,epal yang tak mampu dibeli kerana berada dipuncak..
susah dipetik dan digapai..
Terkadang ia risau kenapa tiada yang memetiknya..
Lantas merendahkan dirinya untuk menggugurkan diri menyembah tanah..
Sedangkan Allah telah menjadikan martabatnya tinggi..hanya lelaki2 hebat yang mampu membelinya..
   
           
                                  
                       









       WANITA SOLEHAH, BIDADARI SYURGA


kejernihan wajahmu sempurna bagai intan permata..
di anjung serta dihormati bagai seorang raja..
kesederhanaanmu lebih daripada segala kekayaan dunia..
ketaqwaan dirimu, itu yang membelenggu hatiku...
diammu, bagai emas bertaburan dalam setiap senyummu...
Berucap memilih tak akan terlaksana kepada mereka lelaki dewasa..

Wanita solehah penghias dunia..
Permata hati pemiliknya, para suami-suami yang soleh dan bertaqwa...

Ya Allah,di jalanMu kami berjalan...
wanita solehah sebagai tujuan..
Memperbaiki diri sampai menemukan tambatan...
Rencanakan dari semua perencanaan yang akan Engkau berikan..
Dalam sujudku selalu memohon ampunMu..
Untaian doaku mengucap syukur yang tidak dapat ku ungkapkan..
Dalam solatku,aku memohon keteladanan..

Wanita solehah,..penghias dunia...
Bidadari syurga..tercantik dari yang paling sempurna..


                               
**jadilah kamu sebaik-baik penghias didunia..

                  
     

Sunday, 24 March 2013

            JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA
 

Jika kamu memancing ikan . . .
setelah ikan itu terlekat di mata kail . . .
hendaklah kamu mengambil ikan itu. . .
jangan sesekali kamu LEPASKAN semula kedalam air begitu sahaja . . .
kerana ia akan SAKIT kerana bisanya . . .
ketajaman mata kail kamu & ia mungkin akan MENDERITA selagi ia masih hidup . . .

Begitulah juga . . .

setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang . . .
setelah dia mula MENYAYANGI kamu . . .
hendaklah kamu MENJAGA hatinya . . .
janganlah sesekali kamu terus MENINGGALAKNYA begitu sahaja . . .
kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu . . .
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingatimu . . .


jika kamu MENADAH air biarlah berpada . . .
jangan terlalu berharap pada takungannya dan menggangap ia begitu teguh. . .
cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja. . .
kerana apabila ia mula retak. . .tidak sukar untuk menampal dan memperbaikinya semula. . .
dan bukannya terus dibuang begitu sahaja. . .

begitulah juga. . .
jika kamu sedang memiliki seseorang. . . TERIMALAH dia seadanya. . .
janganlah kamu terlalu mengaguminya dan menggangapkan dia begitu istimewa. . .
anggaplah dia manusia biasa. . .
kerana apabila dia melakukan KESILAPAN. . .tidaklah sukar untuk MEMAAFKAN dan MEMBOLEHKAN
hubungan kamu akan TERUS ke akhir hayat
dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa
dengan sikapnya. . .
lalu semuanya akan TERHENTI begitu sahaja. . .

jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi. . .
yang kamu pasti baik untuk diri kamu. . .
yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT. . .
mengapa kamu perlu berlengah lagi? cuba mencari makanan yang lain? . .
kerana terlalu ingin mengejar kelazatan. . .
kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu tidak boleh menikmatinya lagi. . .
kamu akan menyesal. . .

Begitulah juga. . . .

jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN. . .
yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu. . .
MEYAYANGIMU. . .MENGASIHIMU. . . dan MENCINTAIMU. . .
mengapa kamu berlengah lagi?
cuba membandingkannya dengan yang lain. . .
terlalu mengejar KESEMPURNAAN. . .
kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. . .
kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi. . .


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejarkan KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN
sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan
KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI. . . kita akan
BAHAGIA, BAHAGIA, dan terus BAHAGIA. . itu lebih BERMAKNA!


"Begitu hidup ini tiada yang abadi yang patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang"

                    
                   











Saturday, 23 March 2013

                                    Andai Si Dia Datang

Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...



MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,

"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"


TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?

Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!

Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...

Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...


**renungkan la wahai perempuan...

                                                          

**seindah hiasan di dunia ini,adalah wanita solehah..